Khamis, 9 Oktober 2008

Kejayaan Cyberjaya


Satu ketika dahulu, Cyberjaya pernah digelar ‘bandar hantu’ ekoran beberapa projek pembangunan dan infrastruktur di bandar pintar itu yang lambat disiapkan.Namun, kini gelaran itu sudah tidak sesuai digunakan kerana terdapat banyak syarikat besar menjadikan Cyberjaya sebagai lokasi operasi dan mengembangkan perniagaan mereka.Kejayaan Cyberjaya mengekalkan imej canggih sebagai nukleus dan hab kepada Koridor Raya Multimedia (MSC) menjadikannya pilihan banyak syarikat berteknologi tinggi.Contohnya, syarikat pengeluar komputer terkemuka dunia, Dell memilih Cyberjaya bagi membina pusat teknologi dan pembangunan produknya.Syarikat lain yang menjadikan Cyberjaya sebagai pusat operasi mereka termasuk Siemens AG, Automobiles Peugeot, DHL dan Matsu#a Electric Industrial Co. Ltd.Selain syarikat berasaskan teknologi dan komputer, Universiti Multimedia yang terletak di Cyberia, satu kawasan di tengah Cyberjaya, turut dibangunkan.

0 ulasan: