Selasa, 11 November 2008

Pandangan penduduk terhadap penggunaan kereta nasional terutamanya di Putrajaya


Izaidi Bin Isro merupakan salah seorang warga Putrajaya memberi cadangan kepada pihak kerajaan supaya memberi keutamaan kepada mana-mana warganegara Malaysia yang mempunyai kereta nasional.Contohnya adalah seperti berikut 1) Jika menggunakan kereta nasional melalui lebuhraya bertol, tol dikurangkan 10%, 2)Sama juga jika mengisi minyak di stesen minyak, subsidi boleh diberikan kepada pemilik kereta nasional yang layak, 3)Wujudkan zon kereta nasional di Putrajaya supaya hanya kereta nasional sahaja yang boleh memasuki kawasan Putrajaya di waktu pejabat, manakala yang tidak mempunyai kereta nasional,boleh menggunakan kemudahan Nadiputra, 4)Perluaskan kemudahan-kemudahan lain kepada pemilik kereta nasional seperti bayaran letak kereta dikurangkan atau dikecualikan apabila menggunakan kereta nasional. Pada pandangan saya, cadangan saya ini mungkin akan membantu pihak kerajaan mempromosikan kereta nasional secara menyeluruh dan memberi kesan yang besar kepada ekonomi negara.Jika dilihat di Putrajaya sendiri, kita lihat ramai kakitangan awam sendiri menggunakan kereta berjenama import berbanding kereta nasional.Saya pasti jika pihak kerajaan, khususnya di Putrajaya dapat menunjukkan kepada orang luar, hanya kereta nasional sahaja yang berlegar-legar di kawasan Putrajaya, pastinya membanggakan rakyat Malaysia sendiri dan mungkin boleh menjadi contoh kepada bandar-bandar lain.

0 ulasan: